RAMALLAH, 18 Disember – Tiga wanita adalah antara 35 rakyat Palestin yang ditahan oleh tentera Israel di Tebing Barat.
Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, kumpulan pembela tahanan memaklumkan seorang wanita dan anak saudaranya ditahan semasa serbuan di rumah mereka di kawasan kejiranan Tulkarm di utara Tebing Barat bagi memaksa abang wanita itu menyerahkan dirinya kepada tentera Israel.
Seorang pelajar universiti turut ditahan di kawasan kejiranan yang sama. Manakala, seorang wanita berusia 30 tahun, ditahan semasa serbuan di Jericho, timur Tebing Barat.
Sementara itu, tentera Israel telah menahan 14 orang rakyat Palestin dari daerah Ramallah dan 12 daripadanya adalah dari Kampung Obwane, terletak barat Ramallah.
Penahanan juga dilaporkan di wilayah Hebron, Qalqilya, Bethlehem, dan Baitulmaqdis, kata kumpulan itu.
Sekurang-kurangnya 4575 rakyat Palestin di Tebing Barat ditahan tentera Israel sejak bermulanya konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu.