fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh dalam nahas helikopter di Pune, India

TANGKAP LAYAR VIDEO REUTERS

PUNE, 2 Oktober- Tiga individu terkorban selepas sebuah helikopter terhempas di Maharashtra, barat India, sejurus selepas berlepas dari kawasan Bavdhan, daerah sini.

Kemalangan berlaku antara pukul 7.00 hingga 7.10 pagi berhampiran padang golf Oxford Golf Club.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan serpihan helikopter bertaburan dengan sebahagian badan pesawat terbakar dan asap hitam tebal menjulang ke udara.

Menurut siasatan awal, kabus tebal mungkin menyumbang kepada nahas tersebut, tetapi punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pasukan kecemasan segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan operasi menyelamat sedang dijalankan. -Reuters

0210 BD HELI INDIA TERHEMPAS 2
TANGKAP LAYAR VIDEO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA