fb fb fb fb fb

Taufan Remal di Bangladesh: Feri dibatalkan, siap sedia tempat perlindungan

FOTO REUTERS

BANGLADESH, 27 Mei - Ratusan penduduk, trak dan peniaga terperangkap di jeti feri Mongla pada Ahad selepas pihak berkuasa menghentikan operasi perkhidmatan itu ekoran taufan Remal yang dijangka melanda negara itu.

Pejabat cuaca Bangladesh mengeluarkan isyarat kepada 10 iaitu paras tertinggi untuk dua pelabuhan dan sembilan daerah pantai.

Hanya beberapa bot persendirian kecil yang masih beroperasi membawa penumpang ke seberang dan operasinya berkurangan menjelang malam.

Perkhidmatan keretapi yang melalui jaluran ribut siklon turut dihentikan sementara, kata seorang pegawai lain.

Sebagai persediaan Bangladesh mendirikan hampir 8,000 pusat perlindungan siklon dan menggerakkan 78,000 sukarelawan, kata menteri pengurusan bencana dan bantuan negara Mohibbur Rahman kepada Reuters.

Bekalan elektrik terputus di banyak kawasan luar bandar di wilayah barat daya ketika taufan berlaku.

Remal ialah taufan pertama tahun ini dan kelajuan angin dijangka mencecah sehingga 120 kmj (75 mph) apabila ia melanda semalaman. - REUTERS

TETITIA YUSOFF