RIO DE JANEIRO, 8 Mei - Bank Pusat Brazil menaikkan kadar faedah penanda aras Selic kepada 14.75 peratus, tertinggi sejak 2006.
Langkah itu bagi menangani inflasi dan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat.
Inflasi dijangka mencecah 5.5% pada 2025, melebihi sasaran bank iaitu 3.6%.
Tindakan bank pusat itu mengetepikan amaran Presiden, Luiz Inacio Lula da Silva bahawa kadar tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Harga makanan yang melonjak turut mendorong kerajaan hapuskan cukai import ke atas daging, gula dan kopi.
Bagaimanapun, kadar pengangguran turun kepada 7% dan KDNK Brazil naik 3.4% pada 2024, prestasi terbaik sejak 2021.