WASHINGTON, 8 Mei – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, gesa India dan Pakistan kembali ke meja rundingan susulan susulan konflik bersenjata di sempadan Kashmir yang meragut 43 nyawa.
Trump menyatakan simpati terhadap India selepas serangan di Pahalgam yang mengorbankan 26 orang awam, namun tidak mengecam tindakan ketenteraan balas New Delhi ke atas Pakistan.
Sebaliknya, beliau menyeru kedua-dua negara agar segera menghentikan keganasan.
“Saya kenal kedua-dua pemimpin. Saya mahu mereka selesaikan segera. Ini sangat dahsyat,” katanya kepada media Rabu lalu.
Setiausaha Negara, Marco Rubio, telah diberi taklimat oleh pegawai India berhubung serangan malam tersebut, manakala Pakistan turut dihubungi agar memberi kerjasama.
Penganalisis dasar Amerika Syarikat, Lisa Curtis, menyifatkan Washington sebagai satu-satunya kuasa yang mampu mempengaruhi kedua-dua pihak.
Ia mengingatkan dunia betapa konflik seperti ini pernah membawa kepada bencana nuklear seperti yang didedahkan bekas Setiausaha Negara, Mike Pompeo, berhubung krisis 2019.