fb fb fb fb fb

Antonio Guterres bimbang serangan dron, sasar tempat perlindungan orang awam

Serangan dron terus meningkat

NEW YORK, 8 Mei - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan kebimbangannya terhadap peningkatan serangan dron dipercayai didalangi pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), ke atas sebuah bandar di Sudan yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata, ia bakal menambah ketegangan serta menyebabkan kemungkinan peningkatan konflik di negara yang sedang bergolak itu.

"Peningkatan jumlah serangan boleh menyebabkan kematian besar-besaran dalam kalangan orang awam dan kemusnahan terhadap infrastruktur penting," katanya.

Turut menjadi sasaran beberapa lokasi strategik di Port Sudan, yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan disokong tentera yang terletak di pantai Laut Merah.

Ia merupakan pintu masuk utama bagi bantuan kemanusiaan ke negara Afrika itu, dan dikhuatiri boleh mengancam bekalan keperluan kemanusiaan dan merumitkan lagi operasi bantuan di negara itu. -AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN