JEPUN, 19 Februari- Kerajaan Taliban digesa untuk menghormati hak asasi manusia.
Ketua Biro Hal Ehwal Asia Barat dan Afrika di Kementerian Luar Jepun, Toshihide Ando, berkata demikian ketika mengadakan pertemuan diplomatik dengan ahli delegasi Afghanistan di Jepun.
Beliau menggalakkan kerajaan Taliban untuk menghormati hak asasi manusia dan mempromosikan proses politik yang inklusif.
Ini adalah kali pertama kerajaan Taliban melawat Jepun sejak pengambilalihan mereka di Afghanistan pada tahun 2021.
Delegasi itu akan berada di Jepun selama seminggu atas jemputan Yayasan Nippon.
Kerajaan Taliban sering membuat lawatan ke negara-negara jiran dan negara serantau, termasuk Asia Tengah, Rusia, dan China.
Namun, mereka hanya melawat Eropah secara rasmi untuk sidang kemuncak diplomasi di Norway pada tahun 2022 dan 2023.
Terdahulu, pihak berkuasa Taliban telah menguatkuasakan undang-undang ketat ke atas penduduk, termasuk pengembalian hukuman sebat dan mati.
Kaum wanita turut dikenakan sekatan ketat, terutamanya dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. - AFP