fb fb fb fb fb

Taiwan tingkatkan pengawasan terhadap kapal bawa bendera kemudahan

Foto Reuters

TAIPEI, 15 Januari- Taiwan akan meningkatkan pengawasan dan pengurusan kapal termasuk yang mengunakan bendera kemudahan selepas sebuah kapal kargo berkaitan China disyaki merosakkan kabel komunikasi dasar laut, kata kerajaan.

Taiwan berkata kapal yang dimiliki oleh syarikat Hong Kong tetapi berdaftar di Cameroon dan Tanzania itu telah merosakkan kabel di utara pulau berkenaan awal bulan ini.

Bagaimanapun pemilik kapal menafikan penglibatan, dan kerajaan China berkata Taiwan membuat tuduhan tanpa fakta jelas.

Insiden itu mencemaskan Taiwan memandangkan ia berulang kali mengadu tentang "zon kelabu" berikutan China sering melakukan aktiviti di sekitar pulau itu. Ia direka untuk menekan konfrontasi langsung ke atas Taiwan.

Dalam pada itu Biro Keselamatan Negara Taiwan berkata ia merancang untuk meningkatkan pengawasan dan pengurusan kapal termasuk kapal yang menggunakan bendera kemudahan, merujuk kepada kapal yang didaftarkan ke atas negara lain selain pemilik sebenar.

Sebelum ini kapal seperti itu didapati salah melaporkan maklumat, jadi ia akan dimasukkan dalam senarai pemeriksaan utama di pelabuhan, katanya.

Sekiranya kapal-kapal ini masuk dalam 24 batu nautika dari pantai Taiwan dan berhampiran dengan tempat kabel bawah laut, pengawal pantai Taiwan akan dihantar untuk menaiki dan menyiasat kapal tersebut, tambah biro itu.

Taiwan juga menggalakkan kerjasama antarabangsa lebih besar dengan Amerika Syarikat dan Eropah berhubung kerosakan pada kabel dasar laut, katanya.

"Biro itu akan terus bertukar-tukar maklumat risikan, mengumpul maklumat amaran ancaman, menganalisis perkembangan trend sabotaj dan berkongsi pengalaman pencegahan serta tindak balas." Namun ia tidak memberikan butiran.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI