fb fb fb fb fb

Suhu panas di Riyadh cecah 37 darjah celcius

RIYADH, 5 Mei - Arab Saudi meramalkan ribut petir dan ribut pasir berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara ketika orang ramai masih bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan , ribut pasir dijangka berlaku di Tabuk, Jouf, Riyadh dan wilayah timur.


Manakala, ribut petir pula akan melanda beberapa kawasan di Jazan, Asir,Baha dan Mekah.

Cuaca lembap juga direkodkan di beberapa kawasan.

Sementara itu, suhu di Riyadh direkodkan panas dengan 37 darjah celsius, namun lebih rendah berbanding 40 celsius pada waktu yang sama pada tahun lalu.

Media Baharu