fb fb fb fb fb

South Carolina, negeri AS terbaharu larang gugur kandungan

(Penunjuk perasaan menonton video langsung prosiding Senat negeri sebelum badan itu meluluskan larangan
pengguguran selepas enam minggu kehamilan di Statehouse pada 23 Mei 2023 / AFP)

WASHINGTON, 24 Mei- Senat South Carolina mengundi pada Selasa untuk mengharamkan pengguguran selepas enam minggu kehamilan, walaupun terdapat percubaan untuk menyekat rang undang-undang tersebut dilaksanakan.

Rang undang-undang itu kini menuju kepada gabenor negeri dan dia dilaporkan berhasrat untuk menandatanganinya menjadi undang-undang.

Ia akan menjadikan South Carolina sebagai negeri terbaharu yang mengharamkan pengguguran sejak Mahkamah Agung membatalkan hak persekutuan untuk prosedur itu tahun lepas.

Pada usia kadnungan enam minggu, ramai wanita tidak tahu bahawa mereka sedang hamil.

Walaupun begitu, banyak klinik yang menjalankan prosedur pengguguran mempunyai senarai menunggu selama berminggu-minggu.

Ahli Republikan di senat negeri telah mencuba beberapa kali untuk meluluskan rang undang-undang itu, tetapi dihalang oleh lima penggubal undang-undang wanita, termasuk senator wanita Republikan yang mendesak sekatan pengguguran yang lebih ringan.

Dua puluh empat negeri telah meluluskan atau cuba meluluskan sekatan ke atas pengguguran sejak kes Roe lawan Wade dibatalkan tahun lepas.

Larangan enam minggu sebelumnya di South Carolina telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung negeri.

Dengan ketiadaan larangan tersebut, South Carolina yang konservatif, dikelilingi oleh beberapa negeri yang telah menyekat pengguguran, menjadi tempat perlindungan bagi wanita di selatan AS yang ingin menggugurkan kandungan sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah ahli Republikan.

"South Carolina telah menjadi ibu kota pengguguran," kata senator negeri Shane Massey.-AFP


(Senator Margie Bright Matthews bercakap semasa perbahasan mengenai langkah untuk mengharamkan
pengguguran selepas enam minggu kehamilan di Statehouse pada 23 Mei 2023 di Columbia, South Carolina / AFP)

 

Media Baharu