fb fb fb fb fb

Skandal rasuah: Empat menteri Jepun sah letak jawatan hari ini

Fumio Kishida/AFP

TOKYO, 14 Disember- Empat menteri Jepun mengemukakan peletakan jawatan mereka hari ini ketika Perdana Menteri, Fumio Kishida terkesan dengan skandal rasuah besar dalam parti pemerintahnya.

'Kehebohan' berlaku selepas dakwaan sogokan sebanyak 500 juta yen ($3.4 juta) dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) yang telah mentadbir ekonomi ketiga terbesar dunia itu hampir tanpa gangguan selama beberapa dekad.

Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno mengesahkan beliau akan berundur dan digantikan oleh bekas Menteri Luar Negeri, Yoshimasa Hayashi.

Menteri Ekonomi dan Industri, Yasutoshi Nishimura, Menteri Dalam Negeri, Junji Suzuki dan Menteri Pertanian, Ichiro Miyashita juga telah meletak jawatan mereka.

Michiko Ueno, penasihat khas kepada perdana menteri turut akan meninggalkan jawatan serta lima timbalan menteri.

Laporan media sebelum ini mengatakan bahawa pendakwa raya akan mula menyerbu pejabat dan menemu bual berpuluh-puluh penggubal undang-undang pada akhir minggu ini.

Semalam, Kishida juga berkata, beliau akan menangani dakwaan tersebut ‘secara langsung’

“Saya akan melakukan usaha seperti ‘bola api’ dan memimpin LDP untuk memulihkan (mengembalikan) kepercayaan orang ramai,” katanya kepada pemberita. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA