TELUK ADEN, 7 Mac- Tiga orang kelasi maut selepas puak Houthi menembak kapal dagang di Teluk Aden pada Rabu.
Tentera Amerika Syarikat mengatakan sekurang-kurangnya empat lagi cedera.
Insiden itu merupakan serangan pertama yang meragut nyawa sejak tentera Yaman mendapat sokongan Iran, untuk memulakan serangan terhadap kapal di laluan laut paling sibuk di dunia.
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang menyebabkan kapal True Confidence dengan bendera Barbados, terbakar kira-kira 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Jurucakap Houthi, Yahya Saree menjelaskan kapal itu ditembak kerana krew kapal berkenaan tidak menjawab amaran mereka.
Kapal itu ditembak kira-kira 50 batu nautika barat daya pelabuhan Aden di Yaman, sebelum hanyut dan terbakar.- REUTERS