fb fb fb fb fb

Serangan Israel: Lapangan Terbang Sanaa rugi AS$500 juta

Foto AFP

SANAA, 7 Mei- Serangan Israel terhadap Lapangan Terbang Sanaa menyebabkan kerugian sehingga AS$500 juta.

Ketua Pengarah lapangan terbang, Khaled alShaief berkata, serangan mengakibatkan infrastruktur terbabit rosak teruk.

"Serangan musuh memusnahkan terminal di Lapangan Terbang Sanaa, termasuk semua peralatan dan peranti.

"Sebuah gudang turut diratakan sepenuhnya," katanya kepada stesen televisyen Al-Masirah

Selain itu kata Khaled, enam pesawat juga musnah dalam pengeboman itu termasuk tiga pesawat milik Yemenia Airways.

“Terdapat alternatif untuk membuka semula lapangan terbang buat sementara waktu namun kami memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya,” katanya.

Serangan Israel berlaku susulan peluru berpandu Huthi menyasarkan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv pada Ahad lalu.

Huthi berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan berkenaan.

Terdahulu, pengantara Oman memaklumkan, Huthi dan Amerika Syarikat mencapai persetujuan gencatan senjata yang akan memastikan kebebasan pelayaran di Laut Merah

Tetapi perjanjian yang diumumkan tidak menyebut Israel. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello