fb fb fb fb fb

Serangan dron Ukraine, akibatkan kebakaran depoh bahan api di Rusia

Foto Fail/AFP

MOSCOW, 28 Julai- Serangan dron Ukraine mengakibatkan kebakaran di depoh bahan api di wilayah Kursk Rusia, bersempadan dengan Ukraine, kata gabenor wilayah itu pada Ahad.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Dron Ukraine menyasarkan depoh bahan api di wilayah Kursk semalaman. Tiga tangki bahan api telah dibakar," kata gabenor Alexei Smirnov di Telegram.

Beliau berkata anggota bomba telah memadamkan kebakaran dan tiada sesiapa yang cedera.

Menteri pertahanan Rusia berkata secara berasingan, bahawa dua dron Ukraine yang disasarkan ke wilayah Nizhny Novgorod di timur Moscow telah dipintas.

Serangan dron Ukraine ke atas depoh bahan api Rusia, kilang penapisan dan kemudahan tenaga kerap berlaku, terutamanya di kawasan sempadan.

Rusia juga telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas loji jana kuasa Ukraine, menyebabkan kekurangan bekalan elektrik yang teruk beberapa bulan kebelakangan ini.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM