fb fb fb fb fb

Serangan dron, darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia

Foto AFP

MOSCOW, 9 Ogos - Darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk di Rusia pada Jumaat susulan ledakan bahan letupan yang berlaku selepas serangan dron Ukraine.

Empat kampung, sebahagian daripadanya terletak berhampiran pangkalan tentera udara, telah dipindahkan selepas darurat diisytiharkan di daerah perbandaran Lipetsk, kata Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov melalui saluran Telegramnya.

"Demi memastikan keselamatan penduduk, keputusan telah dibuat untuk memindahkan penduduk di kawasan penempatan Koptsevy Khutor, Fedorovka, Yakovlevka dan Tynkovka," kata Artamonov.

Serangan dron baru-baru ini di Lipetsk, sebuah bandar yang terletak kira-kira 370 kilometer di selatan Moscow, mencetuskan letupan besar yang melibatkan struktur awam.

Serpihan daripada serangan dron Ukraine menyebabkan kerosakan pada kemudahan infrastruktur tenaga, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di wilayah itu.

Artamonov menyeru penduduk untuk mematuhi arahan anggota perkhidmatan kecemasan semasa proses pemindahan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN