fb fb fb fb fb

RUU ambil alih Tebing Barat: Trump jamin Israel tidak akan ambil sebarang tindakan

Foto AFP

WASHINGTON, 24 Oktober - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi jaminan, Israel tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Tebing Barat.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli parlimen Israel menyokong satu Rang Undang-Undang (RUU) yang boleh membawa kepada pengambilalihan kawasan Palestin yang diduduki itu.

Tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Palestin, malah masyarakat global.

"Jangan risau tentang Tebing Barat. Israel tidak akan melakukan apa-apa disana", katanya.

Rabu lepas, Parlimen Israel meluluskan dua RUU yang membuka jalan kepada pengambil alihan secara rasmi kawasan Tebing Barat.

RUU pertama membabitkan cadangan untuk mengambil alih Maale Adumim, iaitu penempatan besar Israel berhampiran Baitulmaqdis yang didiami lebih 40,000 orang.

Seramai 32 ahli parlimen menyokong, manakala 9 lagi menolak RUU tersebut.

RUU satu lagi, mengenai pengambil alihan seluruh Tebing Barat, yang mendapat 25 sokongan dan 24 bantahan.

Tindakan ini melanggar undang-undang antarabangsa, selain mengakibatkan pendudukan kekal tentera Israel di sana kawasan itu. -AFP

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR