fb fb fb fb fb

Robot seperti manusia curi perhatian di Persidangan Robot Dunia di Beijing

BEIJING, 18 Ogos - Pengunjung di Persidangan Robot Dunia (WRC) 2023 di sini, disambut dengan robot 'humanoid' iaitu robot berteknologi baharu yang menyerupai manusia.

Xier, seorang jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D) di syarikat robot humanoid EXRobots berkata peningkatan itu membolehkan pergerakan humanoid bergerak semula jadi dan mempunyai ekspresi mikro selain pergerakan jari lebih halus.

Robot seperti manusia itu mendapat pujian daripada beberapa pengunjung manakala yang lain teruja dengan penampilan hiper-realistik mereka.

Persidangan tahunan itu akan diadakan dari 16 hingga 22 Ogos. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu