fb fb fb fb fb

Rancangan Israel: Detik sangat berbahaya buat penduduk Gaza

Foto AFP

COPENHAGEN, 7 Mei- Rancangan Israel untuk memperhebatkan lagi serangan di Gaza menjadi detik yang sangat berbahaya bagi orang awam di wilayah terkepung itu.

Amaran diberikan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk semasa lawatan beliau ke Copenhagen untuk mesyuarat PBB.

Beliau menegaskan, tindakan ganas itu hanya akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan dan penderitaan.

"Sebarang rancangan dan serangan Israel perlu ditamatkan kerana ia adalah saat yang sangat berbahaya bagi orang awam di Gaza," katanya.

Turk turut mendesak gencatan senjata dan penyelesaian politik dengan semua tebusan dibebaskan tanpa syarat dan serta-merta.

Isnin lalu, Israel mengumumkan kempen ketenteraan diperluaskan, termasuk melibatkan "penaklukan" wilayah Palestin itu.

Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich pula menyatakan bawah rancangan itu, Gaza akan "dimusnahkan sepenuhnya".

Beberapa negara dan pemimpin dunia telah mengecam rancangan jahat terbabit. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello