fb fb fb fb fb

Hentikan segera jenayah kemanusiaan, kebuluran di Gaza - PM Palestin

Rejim Zionis Israel sengaja membiarkan penduduk Gaza kebuluran, dengan bertindak menyekat aliran bantuan kemanusiaan. - Foto AFP

RAMALLAH, 7 Mei- Masyarakat antarabangsa digesa bertindak untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang sedang dilakukan Israel di Gaza.

Menurut Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa, rejim Zionis sengaja membiarkan penduduk Gaza kebuluran, dengan bertindak menyekat aliran bantuan.

Sehubungan itu katanya, Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas malapetaka kemanusiaan yang disengajakan.

"Kami merayu kepada hati nurani manusia. Jangan biarkan anak-anak Gaza mati kelaparan.

"Jangan biarkan makanan dan air digunakan sebagai senjata perang dan kawalan mereka.

"Kebuluran ini bukan bencana alam, ia adalah jenayah kemanusiaan yang disengajakan.

"Mereka yang berdiam diri dianggap bersubahat," katanya pada persidangan di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.

Agensi PBB sebelum ini berulang kali memberi amaran tentang bencana kemanusiaan yang berlaku di Gaza.

Krisisnya bertambah buruk dengan sekatan Israel terhadap semua bantuan sejak awal Mac lalu. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello