fb fb fb fb fb

Rakyat Iran meratapi pemergian Ismail Haniyeh

Foto REUTERS

DUBAI, 1 Ogos- Rakyat Iran keluar untuk meratapi Pemimpin Politik Hamas, Ismail Haniyeh selepas beliau dibunuh di ibu negara Iran, baru-baru ini.

Stesen TV rasmi Iran menyiarkan secara langsung, Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei yang mengimami solat jenazah Ismail di Universiti Tehran.

Jenazah Ismail akan diterbangkan ke Qatar untuk dikebumikan pada Jumaat.

Orang ramai yang berpakaian serba hitam berkabung sambil mengutuk kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS).

"Bersemadilah dengan aman, Ismail. Negara kami, Iran, paksi penentangan, rakyatmu, perjuanganmu...bersatu dalam pilihan penentangan untuk menamatkan zionis," kata Timbalan Ketua Hamas di Gaza, Khalil Al-Hayya dalam ucapan televisyen di Universiti Tehran.

'Axis of Resistance' merupakan pakatan yang dibentuk oleh Iran selama empat dekad untuk menentang pengaruh Israel dan AS di Asia Barat.

Iran dan Palestin menuduh Israel melakukan serangan yang mengorbankan Ismail, beberapa jam selepas beliau menghadiri majlis pelantikan presiden baharu Iran di Tehran pada Rabu lalu. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM