fb fb fb fb fb

Rakaman udara dedah kemusnahan di Gaza, Israel cabul gencatan senjata

Keadaan di Gaza/ REUTERS

GAZA, 22 Oktober - Rakaman dron pada Selasa menunjukkan kemusnahan besar di Gaza City dengan jalan raya dan bangunan yang musnah, selain kelihatan pergerakan penduduk dan kenderaan, selepas 11 hari gencatan senjata antara Israel dan Hamas bermula.

Namun, Israel melanggar perjanjian gencatan senjata, dengan kejadian keganasan berulang, pertikaian mengenai proses pemulangan mayat tebusan, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pembukaan laluan sempadan.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa melaporkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel dalam tempoh 24 jam sebelumnya. Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 68,229 orang sejak 7 Oktober 2023.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI