fb fb fb fb fb

Raja Sepanyol positif COVID-19

FOTO AFP

 

MADRID, 10 Februari- Raja Sepanyol Felipe VI disahkan positif COVID-19, namun  hanya mengalami gejala ringan, kata istana diraja pada  Rabu.

Raja berusia 54 tahun itu didapati positif pada pagi Rabu "selepas mengalami gejala ringan pada malam sebelumnya", katanya dalam satu kenyataan.

"Keadaan kesihatan  baginda adalah baik dan baginda akan mengekalkan aktiviti institusi baginda dari kediaman baginda," katanya, sambil menambah baginda akan dikuarantin selama tujuh hari.

Raja itu dijadual bertemu dengan Zeljko Komsic, anggota presidensi Bosnia, di Madrid pada hari Rabu.

Raja Felipe menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada Mei 2021. Dihubungi oleh AFP, istana diraja tidak menyatakan sama ada baginda mempunyai dos lain sejak itu.

Perdana Menteri Pedro Sanchez mendoakan Raja Felipe "cepat pulih", sambil menambah dalam tweetnya bahawa dia berharap raja itu akan "cepat kembali ke kehidupan normal".

Ratu Letizia dan anak perempuan pasangan itu Sofia tidak menunjukkan gejala dan akan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.

Anak perempuan sulung mereka dan pewaris takhta Sepanyol, Leonor, bersekolah di sekolah berasrama penuh di Wales.

Sepanyol pada Khamis akan membatalkan perintah memakai pelitup muka di luar rumah kerana kadar jangkitan COVID-19 menurun serta hospital melaporkan kemasukan yang lebih rendah.

Setakat ini, Sepanyol telah mencatatkan kira-kira 10.4 juta kes virus itu, dan 95,000 kematian.-AFP

 

Media Baharu