fb fb fb fb fb

Qatar kecam Israel terhadap pelanggaran gencatan senjata

Foto REUTERS

DOHA, 21 Oktober - Qatar mengecam pelanggaran dan tindakan Israel di wilayah Palestin serta pelanggaran berterusan terhadap gencatan senjata di Gaza.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dalam sesi pembukaan Majlis Shura berkata, Israel dan Hamas telah memperbaharui komitmen terhadap pelan gencatan senjata yang dirundingkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sejak insiden pada hari Ahad lalu, di mana satu serangan oleh Palestin yang mengorbankan dua askar dan mencetuskan serangan balas oleh Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di Gaza.

Semalam, Utusan Amerika Syarikat telah bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertujuan menyatukan semula Israel dan Hamas bagi mengembalikan pelan gencatan senjata Gaza ke landasan asal selepas letusan keganasan pada hujung minggu lalu.

Ia sekaligus mengancam untuk menggagalkan gencatan senjata yang baru berusia seminggu itu.

Gencatan senjata itu mula berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, sekaligus menghentikan perang selama dua tahun, namun kerajaan Israel dan Hamas saling menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian gencatan senjata itu sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata bahawa "garis kuning" yang menandakan kawasan di mana tentera Israel telah berundur di bawah perjanjian gencatan senjata akan ditandakan secara fizikal dan sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata atau cubaan melintasi garis tersebut akan dibalas dengan tembakan. - REUTERS.

Trainee