fb fb fb fb fb

Lebih 600,000 tentera Rusia dikerah ke Ukraine selama tempoh perang

Vladimir Putin/AFP

Moscow, 14 Disember- Rusia telah mengerahkan lebih 600,000 anggota tentera ke Ukraine dalam tempoh dua tahun ini sebagai usaha menawan ibu kota Kyiv.

Presiden Vladimir Putin berkata, kira-kira 244,000 tentera kini ditempatkan di beberapa wilayah di Ukraine untuk kawalan.

"Barisan hadapan (Rusia) memiliki panjang lebih 2,000 kilometer. Terdapat 617,000 orang (tentera) di zon konflik," kata Putin pada sidang media akhir tahun pertamanya sejak penghantaran tentera ke Ukraine pada Februari 2022.

Tambah Putin, beliau tiada rancangan segera untuk memperkenalkan pusingan baru mobilisasi pasukan Rusia untuk konflik tersebut.

Sementara itu, Amerika Syarikat mendakwa pihaknya percaya kira-kira 315,000 askar Rusia telah terbunuh atau cedera dalam peperangan berkenaan. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA