fb fb fb fb fb

Presiden Turkiye, ucap takziah kepada pemimpin tertinggi Hamas

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan/AFP

ISTANBUL, 11 April- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh selepas tiga anak lelakinya terkorban dalam serangan udara rejim Israel di Gaza. Serangan itu, turut menyebabkan dua cucu Haniyeh terbunuh, manakala seorang lagi cedera.

Menerusi perbualan telefon beliau menegaskan, Israel akan dipertanggungjawabkan di hadapan undang-undang, atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan.

Erdogan merupakan salah seorang pengkritik Israel paling lantang sejak permulaan konflik 7 Oktober.

Beliau juga menggelar negara haram itu sebagai negara pengganas dan menuduhnya melakukan penghapusan etnik di Gaza.

Sementara itu, Haniyeh berkata serangan maut itu tidak akan mengubah pendirian Hamas dalam rundingan ke arah gencatan senjata dan pembebasan tahanan.

Sejak konflik Israel-Hamas pada Oktober tahun lau, Israel bertindak balas dengan melakukan serangan berterusan di Gaza yang sehingga kini telah membunuh sekurang-kurangnya 33,482 orang rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.-AFP

ROSLINA BINTI DIN