fb fb fb fb fb

Presiden Iran tiba di Bogor, perkukuh kerjasama ekonomi

FOTO AFP

BOGOR, 23 Mei- Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Bogor bagi lawatan dua hari ke negara itu bermula hari ini.

Ia bagi mengukuh hubungan ekonomi antara dua negara yang memiliki majoriti Islam terbesar di dunia itu.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Indonesia, kehadiran Raisi atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang berhasrat mempercepatkan pemulihan eksportnya pasca COVID-19.

Ia juga dijangka bakal mengeratkan hubungan dua hala dalam hal ehwal antarabangsa selepas keduanya memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Keutamaan Indonesia-Iran bulan ini.

Perdagangan antara Indonesia dan Iran berjumlah kini berjumlah AS$54.1 juta dolar antara Januari dan Mac, manakala nilai perdagangan dua hala tahun lepas meningkat lebih 23 peratus kepada AS$257.2 juta dolar.

Iran adalah rakan dagang asing buat Indonesia namun dilihat peluang baharu untuk meluaskan pasaran dan peluang eksport sehingga ke Timur Tengah.


(FOTO AFP)

Media Baharu