fb fb fb fb fb

Kerjasama Ukraine-Arab Saudi, diharap capai misi keamanan

FOTO AFP

JEDDAH, 23 Mei- Ukraine berharap Arab Saudi dapat memainkan peranan menerusi satu kerjasama bagi membawa keamanan kepada negara itu.

Presidennya, Volodymyr Zelensky menerusi catatan media sosial memaklumkan perkara itu dizahirkan menerusi pertemuannya bersama Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman dalam sidang kemuncak Liga Arab.

Kedua-dua negara turut membincangkan Formula Keamanan Ukraine, selain berterima kasih kepada Saudi atas peranannya dalam membebaskan tahanan.

Tahun lalu, menerusi rampasan kuasa diplomatik, Putera Mahkota Mohammed memperoleh pembebasan 10 warga asing, termasuk lima warga Britain dan dua warga Amerika, yang ditawan Rusia di Ukraine.

Kebenaran pembebasan berikutan hubungan rapat Saudi dan Rusia.

Zelensky menerusi ucapannya dalam persidangan tersebut berkata beberapa negara bersikap 'membutakan mata' terhadap penaklukan haram Rusia terhadap tanah Ukraine sehingga memenjarakan 15 warga negaranya.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu