fb fb fb fb fb

Banjir di Itali, ribuan penduduk terpaksa berpindah

FOTO AFP

EMILIA ROMAGNA, 23 Mei- Air banjir menenggelamkan tanah rendah Emilia Romagna, wilayah utara-tengah negara itu.

Situasi itu menyebabkan pihak penyelamatan terpaksa meredah air banjir setinggi paras pinggang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa terkandas di rumah.

Bandar Conselice, bersebelah dengan terusan yang terletak di salah satu titik terendah di rantau tersebut.

Penduduk tempatan, Jose Antonio Tonini berkata beberapa jalan ditenggelami air selain paras air kini mencecah lutut.

"Semuanya musnah dan saya kehilangan segalanya. Tiada apa yang tinggal. Saya perlu berkemas dan menyewa rumah lain kerana ia tidak boleh didiami lagi," kata Antonio kepada AFP.

Bukan sahaja terdedah dengan risiko air banjir dan kekurangan bekalan elektrik, malah orang ramai mula mencuri harta benda sejak bencana itu melanda.

Lebih 36,000 orang terpaksa berpindah dari tempat tinggal selepas kemusnahan teruk selain mengorbankan 14 nyawa.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu