fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak maut bumbung runtuh di Thailand

(FOTO AFP)

BANGKOK, 23 Mei - Tujuh individu, termasuk empat kanak-kanak maut selepas bumbung di sebuah padang sukan sekolah runtuh dalam kejadian ribut di Thailand, semalam.

Ketika kejadian, kanak-kanak berusia antara enam dan 13 tahun itu sedang bermain di kawasan dewan terbuka di sebuah sekolah di wilayah Phichit sambil disaksikan beberapa individu lain.

Media tempatan melaporkan, ribut yang melanda melanda kawasan itu sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan telah membawa bersama hujan lebat beserta angin kencang telah menyebabkan bumbung dewan itu tiba-tiba runtuh.

Mangsa berusia enam tahun telah dibawa ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami.

(FOTO AFP)

Selain kanak-kanak, dua ibu bapa dan seorang pekerja pembersihan turut maut dalam tragedi berkenaan, manakala 18 lagi mengalami kecederaan.

Ketika ini, individu yang cedera masih ditempatkan di hospital dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan yang serius.

Satu video yang dikongsikan di laman Facebook pejabat perhubungan awam tempatan menunjukkan besi berselerakan di kawasan itu.

Menurut polis, ribut itu turut merosakkan beberapa kediaman di daerah Sam Ngam.

"Semua rumah rosak akibat dipukul ribut, namun arena ini musnah sepenuhnya," kata Datuk Bandar, Kannika Intarakul, kepada ThaiPBS.

Kejadian itu berlaku ketika Thailand memasuki musim tengkujuh dengan hujan lebat diramalkan berlaku di seluruh negara untuk beberapa hari akan datang.

Baru-baru ini, negara jirannya, Myanmar turut dilanda Siklon Mocha, dengan Rakhine paling teruk terjejas dengan taufan yang meragut 145 nyawa.-AFP

Media Baharu