fb fb fb fb fb

Belgorod terus dibedil, sasaran serangan dron

FOTO AFP

MOSCOW, 23 Mei- Wilayah sempadan Rusia, Belgorod terus ditekan pada hari kedua dengan serangan dron susulan serbuan rentas sempadan oleh pejuang dari Ukraine.

Belgorod yang bersempadan dengan Ukraine, telah dibedil berulang-kali dan mengakibatkan puluhan nyawa terkorban sejak Moscow melancarkan serangan pada tahun lalu.

Menurut Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov, rumah, harta benda dan bangunan kerajaan menjadi sasaran serangan kali ini.

Tiada kematian dilaporkan menerusi serangan terbaharu itu.

Isnin lalu, tentera Rusia memaklumkan pihaknya memerangi kumpulan penyerang itu dan memperkenalkan rejim anti-keganasan di Belgorod, buat kali pertama sejak Moscow memulakan kempen di Ukraine pada Februari 2022.

Jelas Gladkov, kementerian pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang akan terus membersihkan kawasan itu.

Sebelum ini, lapan orang telah cedera dan pihak berkuasa sedang membantu orang ramai meninggalkan tempat kejadian.- AFP


(Foto Hiasan/AFP)

Media Baharu