fb fb fb fb fb

Parti pembakang, Gusmao menang pilihan raya Timor Leste

(Bekas pemimpin Timor Timur Xanana Gusmao memberi isyarat selepas mengundi semasa pilihan
raya umum di Dili, pada 21 Mei 2023/AFP)

DILI, 23 Mei- Parti wira kemerdekaan Timor Leste, Xanana Gusmao memenangi pilihan raya parlimen tetapi kekurangan majoriti.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, parti pembangkang utama pimpinannya Kongres Kebangsaan untuk Pembinaan Semula Timor (CNRT) mendahului dengan 41.6% undi.

Manakala pesaing utamanya Fretilin yang menerajui kerajaan terdahulu mendapat 25.7%.

Keputusan pilihan raya Ahad lepas membuka jalan kepada Gusmao, 76, yang juga presiden pertama Timor Leste untuk kembali berkuasa jika beliau dapat membentuk gabungan.

Sekiranya tiada pihak memperoleh majoriti, perlembagaan memberi peluang kepada parti yang mempunyai undi terbanyak untuk membentuk gabungan.

Rakyat Timor Leste yang mengundi untuk 65 kerusi parlimen, berharap dapat menamatkan kebuntuan bertahun-tahun di negara termuda Asia itu.

CNRT menang 31 kerusi tdan perlu bekerjasama dengan satu atau lebih daripada 16 parti lain untuk mendirikan kerajaan. -AFP

(Xanana Gusmao (tengah) menghadiri perhimpunan parti Kongres Nasional untuk Pembinaan
Semula Timor (CNRT) di Dili/AFP)

 

Media Baharu