fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri santuni jemaah haji

(Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan kepada 357 bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji TH/BERNAMA)

IPOH, 6 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Lembaga Tabung Haji (TH) agar terus mengambil langkah proaktif meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan ucapan syabas dan terima kasih kepada pihak kerajaan dan Lembaga Tabung Haji yang sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia di tanah suci.

"Semoga Lembaga Tabung Haji terus melaksanakan peranannya sejajar
dengan pengiktirafan sebagai model pengurusan haji yang inovatif.

"Pada masa yang sama saya turut menyeru agar pihak Tabung Haji terus mengambil langkah proaktif dalam menambah baik penyediaan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur kepada jemaah haji negara," titah Al-Sultan Abdullah dalam Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim 1444H/2023M di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar; Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim dan Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Seri Paduka Baginda juga menasihati jemaah haji supaya sentiasa menjaga diri dan nama baik negara sepanjang berada di tanah suci.

Selain itu sentiasalah mengikuti panduan yang ditetapkan Tabung Haji.
.

(Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan cenderahati
kepada bakal Jemaah Haji/BERNAMA)

 

Media Baharu