fb fb fb fb fb

Polis selamatkan juruterbang sebelum pesawat dirempuh kereta api



CALIFORNIA, 11 Januari - Polis di Los Angeles berjaya menarik keluar seorang juruterbang dari pesawat yang terhempas, beberapa saat sebelum pesawat itu dirempuh kereta api pada Isnin.

Kejadian yang dirakam kamera badan itu menyaksikan pesawat berkenaan hancur dan serpihannya berterbangan ke semua arah.

Rakaman dikongsi di Twitter Jabatan Polis Los Angeles.

Jabatan Bomba Los Angeles dalam kenyataan memaklumkan, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Polis Los Angeles memuji tindakan pegawai mereka yang menunjukkan keberanian tinggi dan pantas dalam tugas menyelamatkan nyawa.

Media Baharu