BANGKOK, 12 Julai- Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menggesa pihak polis menguatkuasakan undang-undang terhadap penjual ganja di tempat awam termasuk sekolah.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, menyatakan kebimbangannya sejak negara itu mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik pada 9 Jun lalu.
Menurutnya, langkah itu sebenarnya hanya untuk kepentingan industri perubatan, namun ramai menyangka penggunaan ganja kini boleh dilakukan secara bebas.
(Foto fail)
Malah mereka menyalahguna ganja untuk aktiviti rekreasi.
Majoriti rakyat Thailand yang mengikuti satu kaji selidik menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan ganja dikeluarkan dari senarai narkotik.