fb fb fb fb fb

Penggunaan senjata nuklear hanya untuk tujuan damai - Kementerian Luar Iran

Ayatollah Ali Khamenei/REUTERS

DUBAI, 22 April- Iran secara prinsipnya tidak akan menggunakan senjata nuklear, kata kementerian Luar negara itu.

Ia berikutan komander Pengawal Revolusi yang memberi amaran bahawa Tehran mungkin mengubah dasar nuklearnya sekiranya ditekan oleh ancaman Israel.

"Iran berulang kali mengatakan program nuklearnya hanya berfungsi untuk tujuan damai. Senjata nuklear tidak mempunyai tempat dalam doktrin nuklear kita," kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani semasa sidang akhbar di Tehran.

Ancaman Israel boleh mendorong Tehran untuk "menyemak doktrin nuklearnya dan menyimpang daripada pertimbangannya sebelum ini," kata Ahmad Haghtalab komander pengawal yang bertanggungjawab bagi keselamatan nuklear.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pernah melarang pembangunan senjata nuklear pada awal tahun 2000.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI