fb fb fb fb fb

Penggubahan wang haram, tujuh rakyat Hong Kong ditahan

Foto Reuters

HONG KONG, 16 Februari- Tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram bernilai 1.8 bilion dolar di Hong Kong.

Pihak berkuasa tempatan berkata ketujuh-tujuh itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia 23 hingga 74 tahun.

Jelas pihak berkuasa, kesemua mereka adalah penduduk Hong Kong.

Pihak berkuasa merampas aset bernilai HK$165 juta ($21.10 juta) termasuk lima hartanah dan tiga unit komersial, sebagai sebahagian daripada operasi itu.

Skim tersebut didakwa melibatkan penipuan dalam talian di India dan penjualan barangan elektronik termasuk berlian.

Pihak berkuasa Hong Kong memaklumkan kes itu merupakan yang terbesar pernah berlaku di hab kewangan.

Bagaimanapun, ketujuh-tujuh mereka dibebaskan dengan jaminan, sementara siasatan diteruskan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM