LOS ANGELES, 12 Mei- Roket SpaceX, Starship kenderaan futuristik yang direka untuk membawa angkasawan ke bulan dan angkasa lepas, mungkin akan melakukan penerbangan keempatnya dalam masa tiga hingga lima minggu.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Eksekutif syarikat, Elon Musk dalam catatan di platform media sosial X pada Sabtu.
"Objektif adalah untuk kapal melepasi pemanasan maksimum atau sekurang-kurangnya lebih jauh daripada kali terakhir," kata Musk ketika menjawab soalan mengenai Starship.
Awal tahun ini, roket Starship SpaceX menyelesaikan hampir keseluruhan penerbangan ujian melalui angkasa lepas pada percubaan ketiganya menjadi lebih jauh berbanding sebelum ini, tetapi ia musnah apabila kembali ke bumi.-REUTERS