fb fb fb fb fb

Penasihat tertinggi Biden bertemu Abbas

Mahmoud Abbas/REUTERS

WASHINGTON, 15 Disember- Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah mengenai perang di Gaza bagi memastikan serangan Israel ke atas Hamas pada 7 Oktober tidak akan berulang, kata pegawai kanan AS.

Penasihat, Jake Sullivan, akan membincangkan "usaha berterusan untuk merombak dan menghidupkan semula" Pihak Berkuasa Palestin dan mengekang "keganasan melampau" terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, kata salah seorang pegawai, yang enggan namanya disiarkan.

Sullivan berkata tadbir urus Tebing Barat dan Gaza perlu dihubungkan bawah Pihak Berkuasa Palestin yang diperbaharui.

"Ini adalah sesuatu yang kita sedang bincangkan dengan rakyat Palestin-Israel serta rakan serantau. Namun ia masih dalam proses," kata pegawai itu.

Biden kekal komited dengan penyelesaian dua negara, namun kekal menuduh Hamas masih berkuasa di Gaza, tambah pegawai itu.

Matlamatnya adalah untuk keamanan berkekalan antara Pelaestin-Israel.

Sullivan memberitahu televisyen Channel 12 Israel bahawa dia juga bercakap dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengenai Israel beralih daripada operasi ketenteraan intensiti tinggi di Gaza kepada fasa yang lebih tepat dan disasarkan.

Sullivan enggan memberikan butiran atau garis masa, tetapi dia menyebut perbualan itu membina dan berkata terdapat "tahap penumpuan yang luas" pada objektif strategik dan langkah yang diperlukan.

Penduduk Palestin berkata berlaku peningkatan serangan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, sejak 7 Oktober lalu.

White House berkata, rundingan Sullivan di rantau itu juga tertumpu untuk menyambung semula genjatan senjata bagi membolehkan pembebasan lebih ramai tebusan yang ditahan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI