fb fb fb fb fb

Pemuda India miliki ketinggian 20 inci

Ravi Kumar, 25 tahun/Reuters

UTTAR PRADESH, 18 April- Seorang lelaki di India yang berusia 25 tahun mempunyai ketinggian seperti kanak-kanak berumur dua tahun.

Ravi Kumar dari negeri di sini memiliki ketinggian 20 inci dan berat badan kira-kira tujuh kilogram (kg) sahaja.

Menurut keluarga Ravi, dia mula dibawa ke doktor semasa kecil selepas tumbesannya terhenti ketika mencapai usia lima tahun.

Ibu Ravi berkata, doktor telah mendiagnosis anaknya itu menghidap penyakit tiroid yang membantutkan tumbesaran.

"Kami telah membawanya ke banyak doktor dan kami diberitahu bahawa dia menghidap penyakit tiroid. Rawatan boleh dilakukan, tetapi kami tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar kos perubatan," kata wanita itu.

Tambahnya, semua ahli keluarga mereka mempunyai ketinggian manusia normal kecuali Ravi. -Reuters

1804 BD INDIA LELAKI PENDEK 2
Ravi Kumar, 25 tahun/Reuters

SITI AISHAH MD ISA