fb fb fb fb fb

Pemegang rekod maraton dunia Kelvin Kiptum maut dalam kemalangan di Kenya

Foto AFP

NAIROBI, 12 Februari- Pemegang rekod maraton dunia Kelvin Kiptum dan jurulatihnya Gervais Hakizimana maut dalam satu kemalangan di barat Kenya yang turut menyebabkan penumpang ketiga cedera pada Ahad.

"Kemalangan berlaku sekitar pukul 11 malam. Kereta itu mempunyai tiga penumpang, dua meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang dibawa ke hospital.

"Kedua-duanya ialah Kiptum dan jurulatihnya," kata Peter Mulinge, komander polis bagi Elgeyo Marawett County di barat Kenya.

Beliau berkata kereta itu sedang menuju ke Eldoret, sebuah bandar di barat Kenya, ketika kemalangan itu berlaku.

Kiptum mencatat rekod dunia 2:00:35 dalam Marathon Chicago pada bulan Oktober, mengatasi 34 saat daripada pemegang rekod terdahulu, juga dari Kenya Eliud Kipchoge.-AFP

TETITIA YUSOFF