fb fb fb fb fb

Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak bantu usaha rundingan gencatan senjata di Palestin- Biden

Presiden AS, Joe Biden/ REUTERS

WASHINGTON, 2 Ogos- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata pembunuhan pemimpin sayap politik Hamas, Ismail Haniyeh tidak akan membantu untuk mencapai gencatan senjata dalam perang Israel di Palestin.

Namun, insiden pembunuhan itu dikhuatiri akan meningkatkan risiko perang di Asia Barat, sekali gus akan mencetuskan ancaman tindakan balas terhadap Israel.

Sementara itu, Hamas dan Pihak Berkuasa Revolusi Iran yang telah mengambil bahagian dalam rundingan tidak langsung di peringkat antarabangsa demi mencapai gencatan senjata di Palestin mengesahkan kematian Haniyeh.

Rakyat Palestin di Gaza pula bimbang kejadian pembunuhan Ismail Haniyeh baru-baru ini akan memanjangkan tempoh perang di negara itu.

Iran mendakwa kejadian pembunuhan itu berlaku beberapa jam selepas Haniyeh menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan presiden baharu Iran.

Biden memberitahu pemberita lewat Khamis, apabila ditanya sama ada kejadian pembunuha berkenaan akan menjejaskan peluang untuk melaksanakan gencatan senjata di Palestin.

Biden juga berkata beliau telah menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada semalam.

Israel tidak mengeluarkan sebarang tuntutan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan, tetapi Israel mendakwa mereka telah memberi tamparan hebat kepada Hamas dan Hizbullah serta akan bertindak balas terhadap sebarang serangan.

Ketegangan antara Israel dengan Iran serta Hizbullah telah menimbulkan kebimbangan konflik yang semakin meluas di wilayah yang sudah terancam di tengah-tengah serangan Israel ke atas Gaza yang telah membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin dan menyebabkan krisis kemanusiaan. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI