fb fb fb fb fb

Pemandu lelaki ditahan rempuh pagar Downing Street

(FOTO AFP)

LONDON, 26 Mei- Polis bersenjata menahan seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya merempuh pintu pagar pejabat dan kediaman Perdana Menteri Britain di Downing Street, London pada Khamis.

"Kira-kira jam 16:20 (1520 GMT) sebuah kereta bertembung dengan pagar Downing Street di Whitehall. Pegawai bersenjata menahan seorang lelaki di tempat kejadian kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah dan pemanduan berbahaya," menurut kenyataan Scotland Yard.

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan sebuah kereta putih memandu pada kelajuan rendah merentasi Whitehall yang menempatkan banyak kementerian kerajaan.

Ia kemudian kelihatan memasuki laluan pejalan kaki dan terhenti selepas melanggar pagar logam besar yang mengawal pintu masuk ke Downing Street.

Rakaman lain menunjukkan pengawalan polis mengelilingi kereta itu, dengan butnya terbuka. -AFP

(Pemandu lelaki ditahan selepas merempuh pagar Downing Street/AFP)

Media Baharu