fb fb fb fb fb

Pelancaran roket bahan api pepejal Jepun gagal, selepas kebakaran enjin

Foto Reuters

TOKYO, 6 Disember- Agensi angkasa lepas Jepun berkata rancangannya untuk melancarkan roket bahan api pepejal menjelang akhir Mac kini adalah mustahil, selepas ujian enjin baru-baru menyebabkan kebakaran besar.

Api menjulang tinggi dan asap putih menyelubungi roket Epsilon S dari Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) semasa ujian pembakaran pada November.

Roket kompak sedang dibangunkan untuk membawa satelit ke orbit dan JAXA berkata di laman webnya ia "direka untuk mengurangkan tindak balas ke angkasa lepas".

Agensi itu sebelum ini memberi amaran bahawa ujian pembakaran pada November itu dibatalkan, akibat masalah teknikal yang boleh memberi kesan kepada misi dan garis masa.

Namun selepas siasatan lanjut pegawai, Epsilon S tidak akan dilancarkan pada akhir Mac, seperti yang dijadualkan.

"Secara realistik, kami fikir ia adalah mustahil untuk dilancarkan menjelang akhir tahun ini", kata pegawai kanan JAXA Masashi Okada dalam sidang akhbar pada Khamis.

"Ketika ini kami terus menyiasat punca kebakaran dan kami akan menyemak semula jadual penerbangannya," kata Okada.

Dalam kejadian berasingan pada Julai 2023, satu enjin Epsilon S turut meletup kira-kira 50 saat selepas ujian penyalaan.

Ia adalah satu daripada rancangan program angkasa Jepun, termasuk beberapa percubaan berlepas yang turut gagal sebelum ini.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI