fb fb fb fb fb

Peladang di India bantah kerajaan, dihalang pasukan keselamatan

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Shambhu/REUTERS

NEW DELHI, 14 Februari- Peladang mengadakan tunjuk perasaan hingga ke ibu negara New Delhi dan bertempur dengan pasukan keselamatan untuk hari kedua hari ini. Siaran televisyen menunjukkan dron digunakan untuk melepaskan gas pemedih mata.

Beratus-ratus petani, menaiki trak dan troli yang sarat dengan makanan, peralatan tempat tidur dan bekalan lain untuk berarak ke Delhi sejak pagi semalam selepas perbincangan antara kesatuan mereka dan kerajaan gagal memberikan komitmen mengenai harga minimum untuk pelbagai tanaman.

Penunjuk perasaan dihalang oleh pasukan keselamatan di sempadan Shambhu yang membahagikan Punjab dan Haryana.

"Kami mahu Perdana Menteri tampil ke hadapan dan bercakap dengan petani," kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Punjab Kisan Mazdoor Sangharsh, Sarwan Singh Pandher kepada agensi berita India ANI.

Petani berkata kerajaan gagal memenuhi janji pada 2021 untuk membayar lebih untuk tanaman.

Visual ANI menunjukkan pasukan keselamatan berkawal dengan ketat di kawasan lain selain mewujudkan penghadang dan blok simen sebagai penghalang fizikal.

Bantahan selama setahun pada 2021 oleh petani telah mendorong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi untuk memansuhkan beberapa undang-undang ladang dan berjanji untuk mencari jalan untuk memastikan harga sokongan untuk semua hasil ladang.

Bantahan terbaru muncul di negara itu beberapa bulan sebelum pilihan raya negara itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI