fb fb fb fb fb

PBB gesa pertempuran di Sudan ditamatkan

(Foto REUTERS)

GENEVA, 24 Mei- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa dua jeneral bertelagah di Sudah menghentikan keganasan seksual dan menyelamatkan nyawa orang awam.

Ketua Hak Asasi Manusia (PBB), Volker Turk berkata pertempuran di Sudan yang tercetus lebih sebulan lalu telah membunuh ratusan orang awam dan memaksa lebih satu juta orang melarikan diri dari keganasan itu.

"Situasi tersebut sangat menyayat hati.

"PBB telah menerima laporan mengenai jet pejuang dan pertempuran di ibu negara Khartoum walaupun gencatan senjatan dilakukan.

"Sekurang-kurangnya 25 kes keganasan seksual setakat ini direkodkan dan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) menyaksikan Sudan terus bergolak sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan dan memerangkap jutaan rakyat di negara itu tanpa akses kepada perkhidmatan asas.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu