fb fb fb fb fb

Jordi Alba akan tinggalkan Barcelona

(Foto Barcelona Fans for life)

BARCELONA, 24 Mei- Jordi Alba akan meninggalkan Barcelona pada penghujung musim selepas 11 tahun di kelab itu.

Menerusi catatan di Facebook Barcelona, pihaknya dan Alba telah mencapai persetujuan untuk melepaskan pemain itu daripada kontrak yang dimilikinya sehingga akhir musim 2023/24.

"Kami ingin berterima kasih kepada Alba atas profesionalisme, komitmen, dedikasi, layanan positif dan mesra ditunjukkannya terhadap keluarga Barcelona," katanya.

Alba menyertai Barcelona pada 2012 serta memenangi enam gelaran La Liga dan satu Liga Juara-Juara bersama gergasi Catalan itu.

Alba yang telah bermain lebih 450 kali untuk Barcelona, mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontraknya yang akan tamat pada 2024. - AFP


(Foto Barcelona Fans for life)

Media Baharu