fb fb fb fb fb

Aktivis iklim Switzerland protes, ganggu penerbangan

GENEVA, 25 MEI- Lebih 100 aktivis iklim ditahan dalam protes yang mengganggu penerbangan di Lapangan Terbang Geneva minggu ini telah didakwa dengan pelbagai kesalahan dan didenda, kata pendakwa raya Switzerland.

Aktivis menceroboh pameran jualan jet peribadi terbesar di Eropah pada Selasa, selain mengganggu penerbangan di lapangan terbang.

Polis menahan Kesemua 103 individu, telah ditahan pihak polis kecuali seorang, kerana bawah umur.

Dia diserahkan kepada pendakwa raya dan kepada mahkamah juvana, kata pendakwa raya Geneva.

Mereka "bersalah kerana menceroboh, membuat kerosakan harta benda dan paksaan," menurut pihak pendakwaan.

Salah seorang daripada yang ditangkap telah mencederakan seorang pegawai polis dan bersalah atas keganasan atau ancaman terhadap pihak berkuasa, kata pendakwa raya.

Aktivis itu telah masuk ke ruang Konvensyen dan Pameran Penerbangan Perniagaan Eropah (EBACE).

Beberapa individu merantai atau menggari diri mereka pada pesawat yang dipamerkan dan objek lain, telah "menyebabkan kerosakan dan menghalang acara itu diteruskan," kata pendakwa raya.

"Atas sebab keselamatan, lalu lintas udara dihentikan selama sejam," tambah mereka.- AFP

(Foto hiasan/Web Lapangan Terbang Geneva)

Media Baharu