(Foto AFP)
HERAT, 24 Mei- Seramai enam orang maut dalam kejadian banjir di Afghanistan.
Jurucakap Gabenor Taliban, Abdul Wahid Hamas berkata tiga wanita dan seorang kanak-kanak maut apabila rumah mereka di bandar Firozkoh, wilayah Ghor dihanyutkan banjir pada Selasa.
"Seorang lelaki dan seorang wanita turut maut selepas dihanyutkan banjir di daerah Pasaband, wilayah Ghor manakala seorang lagi masih hilang.
"Lebih 100 rumah dan kira-kira 200 hektar (500 ekar) tanah pertanian musnah dalam insiden tersebut.
“Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui," katanya kepada pemberita.
Agensi bantuan dan penyelidikan berkata Afghanistan dicengkam salah satu bencana kemanusiaan terburuk di dunia kerana terdedah kepada kesan cuaca ekstrem disebabkan perubahan iklim.
Kemarau di wilayah Ghor juga berpanjangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP
(Foto AFP)