fb fb fb fb fb

Konflik Sudan, keselamatan di pintu masuk Chad ditingkatkan

(Foto AFP)

CHAD, 24 Mei- Kerajaan Chad meningkatkan keselamatan di sepanjang sempadannya ekoran peningkatan kemasukan pelarian Sudan.

Menurut kenyataan kerajaan Chad, peningkatan itu dibuat di Koufroun, sebuah perkampungan timur Chad di sempadan bersama Sudan.

"Kerajaan Chad akan mencari jalan terbaik dalam memastikan keselamatan di sempadan Koufroun, memandangkan ia salah satu daripada 27 pintu masuk di sepanjang sempadan Sudan dan Chad untuk pelarian," katanya.

Dalam pada itu, penduduk tempatan, Souleiman Issa berkata terdapat banyak pertempuran di sempadan itu.

"Orang ramai telah melarikan diri dan menyeberang Chad. Beberapa penyerang telah melepaskan roket ke arah mereka yang melarikan diri ke sempadan ini dan ia tidak meletup. Jika meletup tentunya membawa banyak kerosakan di negara kami," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi penduduk Koufroun, Mohammud Ibrahim berkata penduduk kampung tidak tenteram dengan kejadian itu.

"Kami sangat takut dengan kejadian ini, lebih-lebih lagi apabila senjata seperti roket dan bom dilepaskan," katanya.

Sehingga kini, kira-kira 1 juta orang telah melarikan diri dari Sudan ke Chad akibat pertempuran yang berlaku antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF). - REUTERS


(Foto AFP)

Media Baharu