fb fb fb fb fb

Pasukan perubatan Gaza diserang ketika misi menyelamat

Foto REUTERS

GAZA, 12 Januari- Petugas perubatan Gaza diserang rejim zionis ketika operasi menyelamat sedang dijalankan di Khan Yunis.

Menerusi sebuah video dikeluarkan Pertahanan Awam Palestin, letupan berlaku berhampiran petugas perubatan berkenaan.

Bagaimanapun, agensi itu berkata tiada kemalangan jiwa berlaku.

Namun, beberapa anggota telah cedera akibat serangan tersebut.

Serangan Israel sejak 7 Oktober telah menyebabkan seramai 2.3 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, selain memusnahkan infrastruktur awam.

Ia turut menyebabkan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, Israel akan jawab tuduhan Afrika Selatan
Angka korban di Gaza meningkat kepada 23,469 orang

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM